Pages

Tuesday, 30 April 2013

Programmable Logic Controller (PLC)


Kali ni aku nak share dengan korang pasal PLC. Rasa-rasanya student Electrical & Electronics engineering mesti familiar dengan “menatang” ni !!! Mungkin ada sesetengah student Mechanical atau Manufacturing jugak pernah dengar benda ni. Seperti tajuk yang aku post kat atas tu, PLC adalah pengawal logic boleh aturcara…. (tetiba plak rasa nak daulatkan Bahasa Melayu….heheheh..). Fungsi PLC ini lebih kurang sama macam CPU / microprocessor / microcontroller. PLC ni byk digunakan dalam aplikasi automation dan robotics dalam sector pembuatan. Byk brand PLC yang berada dipasaran. Contohnya Omron, Siemens, Mitsubishi, Keyence dan sebagainya. Aku biasa guna brand NAiS. Tapi skrg NAiS dah di take over oleh PANASONIC EW. PLC NAiS pon byk line-up nya. Yang aku biasa guna FP0-C14RS.










Basically mana-mana brand PLC lebih kurang sama. Kaedah programming nya lagi senang kalo nak banding dgn microprocessor / microcontroller. PLC guna ladder diagram. Kalo korang familiar dgn mana-mana satu brand PLC, maknanya korang boleh operate PLC brand yang lain. Kalo beza pon sikit2 jer.



Student biasa belajar PLC guna trainer. Personally bagi aku ada baik dan buruk guna PLC trainer ni. Yang baiknya ialah, senang digunakan sebab semua I/O devices dah ada atas trainer tu. Student cuma buat very minimum connections. Tak payah fikir macam mana nak sambung power supply utk controller unit, power supply utk I/O devices, signal grounding dan memacam lagi. Semuanya dah pre-wired oleh pembuat trainer. So, trainer ni hanya bagus utk belajar programming shj.








 Ni yang burukya. Kalau dalam industri, semua wiring antara PLC dgn I/O devices serta power supply kena buat masa nak setup processing plant. Oleh itu pengetahuan tentang wiring PLC ni mustahak. Seseorang engineer kena tau macam mana nak interface PLC dengan sensor, actuator dsbnya. Nak pakai trainer? Sori la bro…..tak jalan la kilang tempat ko kejer nanti…hahahahaaa.



Satu lagi bila ko nak buat stand alone system macam nak buat projek robotic. Ko kena decide apa I/O device nak pakai (cth suis mekanikal, sensor, LED, motor dsbnya). Korang kena tau mcm mana nak buat wiring benda-benda tu. Ada yang leh sambung direct dan ada yang kena ada interface. Knowledge dalam analog dan digital adalah perlu. Ko tak leh pakai trainer sebab trainer dah ada fixed wiring. Kalau nak modify pon, ko kena study wiring yang sedia ada. Boleh muntah la kalo nak trace. So lebih baik buat wiring sendiri. Kop on lagi mudah paham kan. Lepas wiring dah siap, baru la ko leh programme semua I/O tu mengikut apa yang dikehendaki. 



OK. Itu sahaja. Harap posting aku dapat membantu.



 *P/s
Kalo korang nak khidmat aku utk buat projek pakai PLC (projek robotik dan automation cthnya), aku sedia membantu. Harga boleh kowtim. Contact aku tau....hahahaha


9 comments:

  1. salam,mcm mna nk hubungi enck?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Kalau buat copy ladder logic...plc brand scada ke panasonic blh...?

      Delete
  2. sy nk tny.di mana sy boleh daptkan buku ladder programing dalam bahasa melayu dan english?emial saya razif@damini.com.my

    ReplyDelete
  3. leh mintak no contact

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Cool and that i have a neat supply: Where To Start Home Renovation house repair near me

    ReplyDelete