Pages

Wednesday, 24 April 2013

Apa itu PCB?


PCB adalah singkatan kepada Printed Circuit Board. Pada permukaan PCB terdapat corak litar yang diperbuat daripada copper (tembaga kot dalam Bahasa Melayu !!!). Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi menghasilkan PCB. Antaranya:

1) Kaedah manual

Corak litar dilukis atas copper clad PCB yang plain dengan menggunakan IC lettering atau permanent marker pen. Nanti aku upload kan gambar copper clad PCB dan IC lettering. Lepas tu rendam papan PCB tu dalam ferric chlorhide solution (kalau kat kedai diaorang panggil asid utk PCB....sebenarnya bukan asid). Bahagian yg exposed akan terkakis. So, tinggal bahagian yang covered dengan IC lettering atau permanent marker pen. Simple dan straight forward kan.

2) Kaedah photo masking

Kaedah ni kira advance sikit dari kaedah manual. Hasil dia lagi cantekkk!!!Corak litar kita lukis kat komputer menggunakan perisian2 tertentu. Contohnya TraxMaker, Diptrace, Protel, TINA dsbnya. Aku pakai TraxMaker sbb paling mudah (bagi aku la...). Aku pernah try guna TINA. Lagi sempoi!!! Dari litar schematic dia boleh terus convert kpd corak PCB. Siap boleh wat demo 3D lagi. Lepas dah siap design guna komputer, print corak litar atas tracing paper (kat kedai stationery ada jual). Kadang-kadang orang panggil kertas minyak. Bagi kaedah ni, korang takleh guna plain copper clad PCB. Korang kena guna PCB yang ada photoresist (korang Google "presensitized PCB"). Brand yang aku biasa pakai Kinsten. So skrg korang letakkan tracing paper yg dah diprint tadi pada presensitized PCB. Lepas tu korang kena exposekan kpd UV light. Kalo ada UV exposure box lagi senang. Kalo takde boleh try expose kat cahaya matahari. Tapi aku tak jamin la hasilnya. Exposure time ni lebih kurang 2-3 minit je. Jgn lama sgt. Nnti takut overexposed!!! Lepas tu korang kena rendam PCB tu dalam developer solution (tak pasti nama bahan tu...nanti aku update). Ni kira mcm nak develop gambar style dulu2 yg kena rendam dalam bahan kimia. Lepas rendam dalam developer tu, corak litar akan terbentuk pada papan PCB. Kemudian, rendam dalam ferric chlorhide mcm dalam kaedah manual. Phheewwww!!! letih aku explain..... Nak buat pon leceh sikit. Tapi hasilnya berbaloi-baloi......

3) Kaedah CNC

Yang ni paling mudah. Tapi alat dia main ratusan ribu harganya. Kaedah ni pon korang kena guna software utk lukis corak litar. Kemudian, komputer/laptop akan hantar data kepada mesin PCB engraver melalui cable (boleh jadi guna USB or LPT or serial port). Mesin tu akan engrave corak litar berdasarkan apa yang kita lukis pada software. Sementara tunggu proses engraving siap, boleh la korang buat keje lain. Main gitar contohnya !!! hahahahah....

Itu jelah posting aku setakat ni.....penat dah ni wehhhh!!!     

*P/s : 

Kalau ada yang berminat utk mendapatkan khidmat aku utk buat PCB atau design corak PCB dari litar skematik, jgn segan-segan email or sms aku. Harga boleh kowtim....


No comments:

Post a Comment